Permainan “E-Teka Silang Kata” dalam Meningkatkan Perkembangan Murid dalam Pembelajaran Gaya Bahasa Sajak Antologi Kubentang Sehelai Peta
DOI:
https://doi.org/10.53797/aspen.v3i2.2.2023Keywords:
Permainan, “E-Teka Silang Kata, meningkatkan, perkembangan murid, gaya bahasa, sajak, Kubentang Sehelai PetaAbstract
Kajian ini memfokuskan terhadap penggunaan permainan “E-Teka Silang Kata dalam meningkatkan perkembangan murid dalam pembelajaran gaya bahasa sajak Antologi Kubentang Sehelai Peta bagi mata Pelajaran Kesusasteraan Melayu Komunikatif. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kualitatif dengan menggunakan kaedah kajian kepustakaan, kajian lapangan berbentuk temu pemerhatian berdasarkan Rancangan Pengajaran Harian yang digunakan sebelum dan selepas menggunakan “E-Teka Silang Kata” dalam pengajaran dan pembelajaran gaya bahasa dalam Antologi Kubentang Sehelai Peta. Sebanyak 10 buah sajak dalam antologi ini dipilih untuk penngajaran dan pembelajaran gaya bahasa. Sampel kajian pula terdiri daripada 16 orang murid dan dua orang guru Kesusasteraan Melayu Komunikatif yang dipilih secara persampelan bertujuan. Instrumen kajian yang digunakan terdiri daripada borang senarai semak sebelum dan selepas menggunakan “E-Teka Silang Kata” dalam pengajaran dan pembelajaran gaya bahasa. Perbincangan dapatan kajian akan dibahaskan menggunakan teori pembelajaran konsruktivisme. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penggunaan “E-Teka Silang Kata” meningkatkan perkembangan murid mempelajari gaya bahasa sajak dari aspek kesediaan, perhatian yang diberikan dan penguasaan terhadap topik pengajaran dan pembelajaran. Implikasi kajian menunjukkan bahawa permainan “E-Teka Silang Kata” boleh dijadikan sebagai bahan bantu mengajar alternatif untuk menarik minat dan meningkatkan kefahaman murid dalam topik gaya bahasa.
Downloads
References
Intan Nur Saidah. (2015). Pengembangan Media Pembelajaran Berbentuk Permainan Edukasi Akuntansi Cari Kata (Acak) dengan Menggunakan Software Adobe Flash Cs5 Untuk Pembelajaran Akuntansi Keuangan Kompetensi Dasar Aset Tetap di Kelas Xi Akuntansi Smk Ype Sawunggalih Kutoarjo Tahun Ajaran 2014/2015 Fakultas Ekonomi, Universitas Negeri Yogyakarta.
Manisah Mohd. Ali dan Norizza Sahal. (2016). Intervensi Meningkatkan Tumpuan dalam Pembelajaran Murid Bermasalah Pembelajaran. Jurnal Pendidikan Malaysia 41(1)(2016): 1-6
M. Khalilullah, S. Ag. MA. (2012). Permainan Teka Teki Silang sebagai Media dalam Pembelajaran Bahasa Arab (Murfadat). Jurnal Pemikiran Islan Vol. 37, No. 1, Januari-Juni, 18-26.
Mohd Adam Mohd Yusof dan Siti Mistima Maat. (2022). Kesediaan Murid Tahun Satu dalam Mengikuti Pembelajaran Matematik Secara Kelas Berbalik. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH) (e-ISSN : 2504-8562) 2022, Volume 7, Issue 7, 001635
Mohd Faeez Ilias, Julia Madzalana, Mohd Izzuddin Mohd Pisola, Annasaii Jamara dan Murihah Abdullah (2021). Analisa Faktor Halangan Guru Pendidikan Islam Sekolah Bestari dalam Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Sains Humanika 14:2 (2021), 64-70. e-ISSN ISSN: 2289-6996
Nurul Azira Sapian,Zamri Mahamod dan Irma Mahad. (2021). Penglibatan MuridMurid Sekolah Kebangsaan Di Kawasan Bandar Dalam Pembelajaran Bahasa Melayu Dalam Taliandaripada Persepsi Guru Bahasa Melayu. PENDETA Journal of Malay Language, Education and Literature Jilid 12 No.2, 2021 / ISSN 1823-6812, 80-97.
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2018). Kesusasteraan Melayu Komunikatif Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Tingkatan 4 dan 5. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Suparlan (2019). Teori Konstruktivisme dalam Pembelajaran.Jurnal Ilmu PendidikanVolume 1, Nomor 2, Juli2019; 79-88
Suzana Yusof dan Zukia Aniza Ibrahim (2017). Penggunaan Inovasi Teka Silang Kata Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran (P&P). Proceeding of the Malaysia TVET on Research via Exposition 2017 13 – 14 November 2017, Dungun, Terengganu
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2023 Muhammad Farhan Hakim Mohd Yusof, Hasrina Baharum, Nordiana Hamzah
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License.