Elemen Empati dalam Cerpen Gulai Sembilang Untuk Abah Mata Pelajaran Kesusasteraan Melayu Komunikatif Tingkatan Empat
DOI:
https://doi.org/10.53797/aspen.v3i2.1.2023Keywords:
Empati, Kesusasteraan Melayu Komunikatif, CerpenAbstract
Penerapan empati ini dapat dilaksanakan dengan menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran melalui teks kesusasteraaan Melayu. Oleh itu, objektif kajian adalah untuk mengenal pasti elemen empati yang terdapat dalam cerpen Gulai Sembilang untuk Abah. Cerpen ini digunakan sebagai medium pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) Kesusasteraan Melayu terhadap murid tingkatan empat. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif. Kaedah kajian yang digunakan ialah kajian kepustakaan dan analisis dokumen. Kajian ini juga menggunakan teori empati Hoffman sebagai rujukan dalam menganalisis cerpen. Hasil dapatan kajian mendapati bahawa teks cerpen yang dipilih mempunyai elemen empati egosentrik, empati pada tahap mod matang iaitu pengambilalihan peranan, empati untuk perasaan orang lain dan empati terhadap kehidupan orang lain. Empati pada tahap mod matang terbahagi kepada dua iaitu dapat dilihat melalui medium bahasa dan juga pengambilalihan peranan. Bagi pengambilalihan peranan pula terbahagi kepada dua iaitu fokus terhadap diri dan fokus terhadap orang lain. Implikasi kajian menunjukkan bahawa elemen empati ini amat penting dalam kehidupan manusia. Hal ini kerana, empati dapat melahirkan manusia yang berperikemanusiaan, bertanggungjawab dan baik hati terutamanya dalam pengajaran dan pembelajaran.
Downloads
References
Ani Omar. (2015). Pendidikan Sastera Remaja di Malaysia dalam membina generasi unggul berasaskan falsafah Pendidikan Negara. Tanjung Malim, Perak: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Agung Pramujiono. (2015). Pembelajaran Sastra Multikultural menumbuhkan empati dan menemukan jatidiri bangsa melalui pemahaman keanekaragaman budaya. Jurnal Pendidikan Sains Sosial dan Kemanusiaan, 8(2).
Azizi Yahaya, Shahrin Hashim, Jamaludin Ramli, Yusof Boon & Abdul Rahim Hamdan. (2015).
Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan. Batu Caves: Pts Profesional Publishing Sdn Bhd.
Brian N. Fry & Jason D. Runyan. (2018). “Teaching empathic concern and altruism in the smartphone age”. Journal of Moral Education ISSN: 0305-7240 (Print) 1465-3877 (Online).
Decety, J., Bartal, I. B. A., Uzefovsky, F., & Knafo-Noam, A. (2016). Empathy as a driver of prosocial behaviour: highly conserved neurobehavioural mechanisms across species. Philosophical Transactions of the Royal Society B: Biological Sciences, 371(1686), 20150077.
Evi Sapitri. (2019). Rasa Simpati Dan Empati Pada Puisi Bertema Korban Bencana Alam Karya Siswa Sma: Kajian Psikologi Sastra. S1, Universitas Pendidikan Indonesia.
Fathin Noor Ain Ramli & Azhar Hj.Wahid. (2018). Pendidikan Sastera Melayu Memperkukuhkan Pembinaan Karakter Pelajar. Jurnal Peradaban Melayu Jilid 13, 2018 ISSN 1675-4271 (1-14)
Henry Young. (2016). Perceived Lack of Teacher Empathy and Remedial Classroom Conflicts. 1- 1-2016 Nova Southeastern University.
Hoffman, M. L. (2008). Empathy and prosocial behavior. Handbook of emotions, 3, 440-455.
Hoffman, M. L. (2001). Toward a comprehensive empathy-based theory of prosocial moral development.
Kate Solow. (2018). “Using Children's Books to Build Empathy in Children”. Lesley University, Spring 5-19-2018.
Kamus Dewan Edisi Keempat. (2015). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2018). Kurikulum standard sekolah menengah kesusasteraan Melayu komunikatif. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Parcel E, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Lucía Herrera Torres, Rafael Enrique Buitrago Bonilla & Aida Karina Avila Moreno. (2016). Empathy in future teachers of the Pedagogical and Technological University of Colombia. Vol. 5. No. 1.pp. 30-37 ISSN: 2254-7399 DOI: 10.7821/naer.2016.1.136.
Nordiana Hamzah., Hasrina Baharum, Azhar Wahid & Norazimah Zakaria. (2018). Kajian Refleksi Pelajar Terhadap Pengajaran Dan Pembelajaran Empati Dalam Kesusasteraan Melayu. International Journal of Humanities, Philosophy and Language, 1(4),73-84.
Nordiana Hamzah. (2016). Empati Pendidik Guru dalam Pendekatan Mengalami Menghayati Kesusasteraan Melayu. Jurnal IPDA, Jitra: IPG Kampus Darulaman
Paula A. Franzese. (2017). The Power of Empathy in the Classroom. Vol. 47:693
Shyheim Snead, Winter Brooks, Diego Alemán, Kristin Thompson, & Brittany Jones. (2017). Teaching Empathy in the Classroom: Project Overview and Findings. HNRS 398: Challenge Course.
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2023 Nur Athirah Ahmad, Nordiana Hamzah, Hasrina Baharum
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License.