Penggunaan Portable Conduit Bender (Ezy Bend C) Membantu Dalam Amali Pembentukan Konduit Bagi Modul Teknologi Rangkaian
DOI:
https://doi.org/10.53797/aspen.v1i2.14.2021Keywords:
Inovasi, alat dan bahan bantu mengajar (ABBM), pembentukan konduitAbstract
Penemuan inovasi adalah untuk menangani masalah bagi meningkatkan sistem pendidikan. Inovasi dalam pendidikan yang merupakan usaha untuk mengubah proses pembelajaran, perubahan dalam situasi belajar yang bersangkut dengan soal kurikulum, tempat mengajar dan belajar serta mutu profesionalisme guru. Bagi mencapai
hasrat tersebut, pelbagai aspek dalam bidang pembaharuan (inovasi) diperlukan bukan sahaja dalam bidang teknologi, tetapi dalam segala bidang termasuk bidang pendidikan khususnya pengetahuan dan aplikasi dalam pengajaran. Sehubungan dengan itu, pengajar di Kolej Komuniti haruslah memainkan peranan yang penting dalam melahirkan pelajar yang berketrampilan seiring dengan teknologi terkini. Penggunaan alat dan bahan bantu mengajar (ABBM) juga dapat mencetuskan minat pelajar kerana ianya menjadi penggalak dalam penyampaian pelajaran. Penghasilan Portable Conduit Bender (Ezy Bend C) sebagai ABBM bagi modul Teknologi Rangkaian telah diaplikasikan dalam kalangan pensyarah dan pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) dijalankan di Kolej Komuniti Selandar, Melaka. Satu set soal selidik telah dibangunkan untuk mengenalpasti permasalahan dan tahap kesukaran pelajar dalam membuat pembentukan konduit menggunakan kaedah konvensional. Hasil analisis yang dibuat, didapati 80% pelajar perempuan dan 20% pelajar lelaki sukar untuk melakukannya. Ini kerana semasa amali, pelajar perempuan dilihat lebih sukar untuk membentuk konduit disebabkan ianya menggunakan tenaga atau kudrat yang lebih untuk mendapat sudut yang ditetapkan. Pelajar menghadapi masalah dalam melaksanakan amali pembentukan konduit dan dikhuatiri pelajar akan berputus asa dan tidak berminat untuk menyiapkan amali tersebut dengan baik. Pelajar akan berasa tidak bermotivasi dan proses pelaksanaan amali memakan masa yang lama kerana perlu membuat pembentukan konduit secara berulang kali sehingga mendapat sudut konduit yang betul. Objektif kajian adalah untuk menilai persepsi pelajar dan mengenalpasti faedah inovasi dari segi motivasi diri selepas menggunakan Portable Conduit Bender (Ezy Bend C) sebagai ABBM bagi modul Teknologi Rangkaian. Populasi adalah terdiri daripada pelajar Sistem Komputer dan Rangkaian (SSK), Kolej Komuniti Selandar. Seramai 74 orang dipilih sebagai sampel yang terdiri daripada lima sesi pengambilan yang berbeza iaitu Sesi Julai 2017 sehingga sesi Julai 2019. Kajian adalah berbentuk kuantitatif menggunakan soal selidik berskala likert 4 mata dan dapatan kajian dianalisis menggunakan Statistical Package for Social Science Version 23.0 for Windows (SPSS). Skala penilai soal selidik mencatat kebolehpercayaan yang tinggi dengan nilai indeks sebanyak 0.873. Dapatan menunjukkan skor min bagi persepsi pelajar terhadap penggunaan Portable Conduit Bender membantu dalam amali pembentukan konduit dan faedah inovasi terhadap motivasi diri di tahap tinggi dengan nilai min di antara 3.50 – 4.00. Secara keseluruhannya, inovasi Portable Conduit Bender ini dapat menyelesaikan beberapa masalah yang timbul semasa pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran pensyarah di dalam kelas. Pensyarah tidak lagi mengalami masalah untuk membuat demonstrasi manakala pelajar mudah untuk melaksanakan amali pembentukan konduit mengikut sekaligus dapat mempertingkatkan motivasi dan minat pelajar dalam menyiapkan projek pendawaian rangkaian. Beberapa aspek perlu ditambahbaik iaitu dari segi material alat ini dapat ditukar kepada yang lebih ringan supaya ianya mudah untuk dibawa ke mana-mana. Pengkaji mencadangkan penggunanan Portable Conduit Bender dapat diperluas penggunaannya kepada semua Kolej Komuniti khususnya supaya aspek penyampaian PdP menjadi lebih berkesan dan efektif.
Downloads
References
Ambrus, O., Möller, K., & Handschuh, S. (2010, February). Konduit vqb: a visual query builder for sparql on the social semantic desktop. In Workshop on visual interfaces to the social and semantic web.
Azman, M. N. A., Azli, N. A., Mustapha, R., Balakrishnan, B., & Isa, N. K. M. (2014). Penggunaan alat bantu mengajar ke atas guru pelatih bagi topik kerja kayu, paip dan logam. Sains Humanika, 3(1).
Bachtiar, M. Y. (2016). Pendidik dan tenaga kependidikan. Publikasi Pendidikan, 6(3).
Beck, E. (2017). How Development Projects Persist. Duke University Press.
Buntat, Y., & Ahamad, L. (2012). Inovasi pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru-guru teknikal di sekolah menengah teknik dari perspektif guru. Journal of Technical, Vocational & Engineering Education, 6(1), 44-58.
Dumbiri, D. N., & Nwadiani, C. O. (2020). Challenges Facing Application of E-learning Facilities in Vocational and Technical Education Program in South Nigeria Universities. Asian Journal of Vocational Education and Humanities, 1(2), 1-8. https://doi.org/10.53797/ajvah.v1i2.1.2020
Gilligan, C., & Snider, N. (2018). Why does patriarchy persist?. John Wiley & Sons.
Hamdan, A. R., & Mohd Yasin, H. (2010). Penggunaan alat bantu mengajar (ABM) di kalangan guru-guru teknikal di Sekolah Menengah Teknik Daerah Johor Bahru, Johor. Penggunaan Alat Bantu Mengajar (ABM) Di Kalangan Guru-Guru Teknikal Di Sekolah Menengah Teknik Daerah Johor Bahru, Johor, 1-8.
Hassan, S. C., Karim, A. A., & Hassan, N. C. (2020). Memperkasa Usahawan Wanita Menerusi Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) dan Keusahawanan di Kolej Komuniti, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Jurnal Dunia Pengurusan, 2(3), 101-111.
Hassan, R., Awang, H., Ibrahim, B., Zakariah, S. H., & dan Vokasional, F. P. T. (2013). Memacu Pelan Transformasi Pendidikan: Peranan IPTA Dalam Membantu Meningkatkan Kuantiti Dan Kualiti Pendidikan Aliran Sains Dan Teknikal di Malaysia. Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional, Universiti Tun Hussein Onn, 1-17.
Jantan, N. (2016). Penerapan Budaya Kreatif Dan Inovatif Di Kalangan Pelajar Politeknik Merlimau Melalui PERKAYA INOVASI. Jabatan Kejuruteraan Elektrik. Politeknik Merlimau.
Johari, A. Z., Ghazali, M. I., & Puteh, A. (2015). Faktor agama sebagai faktor utama mengubah tingkah laku seorang banduan.
Lai, S. C., & Lin, C. Y. (2020). The effect of the use of multimedia technology on year three student’s Chinese vocabulary learning. Muallim Journal of Social Sciences and Humanities, 4(2), 87-92. https://doi.org/10.33306/mjssh/65
Long, A. (2008). Manusia Guru, Keguruan Dan Perguruan, Calon Guru. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mahfurdz, A., Semail, S., & Sabah, P. S. (2001). Hubungan gaya pembelajaran, motivasi dan pencapaian pelajar semester satu dalam Modul Matematik kejuruteraan. Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak PENDEKATAN, 127-137.
Oluwaleyimu, O. O., Nwabah, N. I., Ihensekhien, I., & Oshio, L. E. (2020). Human Capital Development and Education: A Strategy for Sustainable Income Among University Undergraduates in Edo And Lagos States, Nigeria. Asian Journal of Vocational Education and Humanities, 1(1), 8-15. https://doi.org/10.53797/ajvah.v1i1.2.2020
Permanasari, A. (2016). STEM education: Inovasi dalam pembelajaran sains. In Prosiding SNPS (Seminar Nasional Pendidikan Sains) (Vol. 3, pp. 23-34).
Ramli, M. (2015). Hakikat pendidik dan peserta didik. Tarbiyah Islamiyah: Jurnal Ilmiah Pendidikan Agama Islam, 5(1).
Riduwan, M. B. A. (2007). Skala pengukuran variabel-variabel penelitian. Alf. Bandung.
Said, H., & A’zmi, S. M. (2009). Penilaian Kesesuaian Bahan Bantu Mengajar Jangka Sudut Khas Bagi Mata Pelajaran Matematik (Doctoral dissertation, Universiti Teknologi Malaysia).
Shaari, J., Abdul Yamin, S. I., & Ahmad, M. I. (2021). Impak Penggunaan Aplikasi Terhadap Proses Pengajaran dan Pembelajaran Pelajar Politeknik Dalam Kursus Electrical Technology. ANP Journal of Social Science and Humanities, 2(1), 55-59. https://doi.org/10.53797/anpjssh.v2i1.7.2021
Thambu, N. (2019). Potential of forum theatre in forming a holistic human being: Qualitative findings from Moral education class [Potensi unsur-unsur teater forum dalam pembentukan insan menyeluruh: Dapatan kajian kualitatif kelas pendidikan Moral]. Muallim Journal of Social Sciences and Humanities, 3(1), 77-95. https://doi.org/10.33306/mjssh/07
Umar, I. N., & Jamiat, N. (2011). Pola Penyelidikan Ict Dalam Pendidikan Guru di Malaysia: Analisis Prosiding Teknologi Pendidikan Malaysia. Journal of Educators & Education/Jurnal Pendidik dan Pendidikan, 26.
Uno, H. B. (2021). Teori motivasi dan pengukurannya: Analisis di bidang pendidikan. Bumi Aksara.
Zainal Abiden, N. F., & Noordin, S. (2009). Tahap Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Dalam Kalangan bakal Guru Fizik Semasa Latihan Mengajar (Doctoral dissertation, Universiti Teknologi Malaysia).
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2021 Nurul Liyana Mahmod, Norliana Masran
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License.