Kebolehgunaan Modul Pengajaran Bagi Topik Reka Bentuk Akuaponik Dalam Mata Pelajaran Reka Bentuk Dan Teknologi Tingkatan 2

Authors

  • Muhamad Azrul Jabatan Teknologi Kejuruteraan, Fakulti Teknikal dan Vokasional, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, 35900, MALAYSIA
  • Arman Shah Abdullah Jabatan Teknologi Kejuruteraan, Fakulti Teknikal dan Vokasional, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, 35900, MALAYSIA

DOI:

https://doi.org/10.53797/aspen.v5i2.1.2025

Keywords:

Modul pengajaran, Reka Bentuk Akuaponik, RBT, ADDIE, Konstruktivisme, Beban Kognitif

Abstract

Pengajaran topik Reka Bentuk Akuaponik dalam subjek Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) Tingkatan 2 menghadapi pelbagai cabaran, termasuklah kurangnya pengetahuan guru, ketiadaan bahan bantu mengajar yang sesuai, serta kecenderungan penggunaan kaedah pengajaran konvensional. Situasi ini menjejaskan keberkesanan Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) serta pemahaman murid terhadap konsep pertanian moden berasaskan teknologi. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti keperluan pembangunan modul, membangunkan modul pengajaran berdasarkan model ADDIE, dan menilai tahap kebolehgunaan modul tersebut melalui kesahan pakar. Modul ini dibina berlandaskan pendekatan teori Konstruktivisme dan Teori Beban Kognitif yang menyokong strategi Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK-21). Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan reka bentuk kajian pembangunan modul. Data diperoleh melalui temu bual separa berstruktur dan instrumen borang kesahan pakar yang merangkumi dua kategori, iaitu Penilaian Kandungan oleh guru RBT dan Penilaian Keseluruhan oleh pensyarah teknikal dan vokasional. Dapatan kajian menunjukkan bahawa modul ini adalah praktikal, mudah digunakan, mempunyai kandungan yang relevan, serta membantu dalam pelaksanaan PdPc. Modul ini juga berjaya menarik minat murid dan meningkatkan pemahaman mereka terhadap konsep akuaponik. Kesimpulannya, pembangunan modul pengajaran ini berpotensi untuk dijadikan sebagai bahan bantu mengajar (BBM) yang berkesan bagi guru RBT serta mampu meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran bagi topik akuaponik di peringkat menengah rendah.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Aishah, S. (2021). Penilaian Unit Reka Bentuk Sistem Pertanian Dalam Mata Pelajaran Reka Bentuk Dan Teknologi Menggunakan Model Cipp: Sebuah Kajian Awalan.

Akbari, R., & Yazdanmehr, E. (2014). A Critical Analysis of the Selection Criteria of Expert Teachers in ELT. Theory and Practice in Language Studies, 4(8), 1653–1658. https://doi.org/10.4304/tpls.4.8.1653-1658

Arsad, A., & Janan, D. (2022). Pembangunan Modul Bacaan Ekstensif Bagi Murid Sekolah Rendah: Satu Analisis Keperluan. Sciences (ESSS)EISSN, 3, 59–74.

Baco Sarimah, & Ishak Zaki. (2021). Kesahan dan Kebolehpercayaan Instrumen Penilaian Kendiri Pembelajaran Ungkapan Algebra Tingkatan Dua. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6(11), 127–137.

Bacotang, J., & Mohamed Isa, Z. (2016). Pembangunan Modul Literasi Awal (Modul Lit-A) Untuk Kanak-Kanak Taska. In Jurnal Pendidikan Awal Kanak-Kanak Jilid (Vol. 5).

Cathrine Masingan, S. S. (2021). Amalan Pengintegrasian Teknologi Guru Bukan Pengkhususan Mata Pelajaran Reka Bentuk Dan Teknologi (RBT) Di Sekolah Menengah Berdasarkan Model SAMR. Jurnal Dunia Pendidikan, 3(3), 13–20.

Cathrine Masingan, & Sharif Sabariah. (2019). Pengetahuan Pedagogi Kandungan (PPK) Guru Bukan Pengkhususan Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) di Sekolah Menengah. In Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH) (Vol. 4, Issue 6).

Fitri Saiful. (2023). Pembangunan Modul Latihan Berasaskan Aplikasi Permainan Digital Flippity Bagi Subjek Reka Bentuk Dan Teknologi Tingkatan 2.

Ghani, H. A., Ismail, S., & Nordin, M. S. (2019, September). Kekangan Kreativiti Guru dalam Pengajaran Mata Pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi Sekolah Menengah. In Prosiding seminar Kebangsaan Pendidikan Negara (SKEPEN 2019).

Halimaton, S. (2021). Pembangunan Perisian Pembelajaran M-Smaw Bagi Kursus Teknologi Kimpalan Di Kolej Vokasional Malaysia Zon Tengah.

Jonathan, M., & How Shwu Pyng. (2024). Cabaran Guru Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Subjek Reka Bentuk Dan Teknologi Sekolah Rendah Di Daerah Bintulu Sarawak. International Journal of Education, Psychology and Counseling, 9(54), 177–189.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2017). Dasar Penddikan Kebangsaan (Edisi Keempat). www.moe.gov.my/bppdp

Maswani, I. (2023). Pembangunan Modul Sequin Topik Reka Bentuk Fesyen, Mata Pelajaran Reka Bentuk Dan Teknologi Tingkatan Satu.

Misman Sumin, N. F. A. S. A. (2016). Rekabentuk Dan Ujilari Sistem Akuaponik Untuk Penghasilan Tanaman Dan Ternakan Dalam Kediaman.

Mohd Rusdin, N., & Ali, S. R. (2019). Amalan Dan Cabaran Pelaksanaan Pembelajaran Abad Ke-21. Universiti Sultan Zainal Abidin.

Mohd Samsi, M. S., Kamal Basir, M. Z., & Gerunsin, N. (2023). Sistem Akuaponik Dari Sudut Kesihatan Kepada Manusia: Satu Kajian Literatur.International Journal of Innovation and Industrial Revolution, 5(13), 240–252. https://doi.org/10.35631/ijirev.513019

Najwa Yusoff. (2023). Pembangunan Dan Kebolehgunaan Modul Pembangunan Produk Bagi Mata Pelajaran Reka Bentuk Dan Teknologi Tingkatan 3.

Nasibah, U., Abd Gani, M. I., & Mat Shaid, N. (2015). Model Addie Dalam Proses Reka Bentuk Modul Pengajaran: Bahasa Arab Tujuan Khas Di Universiti Sains Islam Malaysia Sebagai Contoh.

Norazizah Abdullah, & Azita Ali. (2017). Tahap Kesediaan Guru Pelatih Reka Bentuk Dan Teknologi Terhadap Pengajaran Mata Pelajaran Reka Cipta.

Nurul Azmi Mat Nor, M., Kamarudin, N., Kalthom Abdul Manaf, U., & Hazwan Mohd Puad, M. (2017). Penerapan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam Kurikulum Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) Sekolah Rendah. In International Journal of Education and Training (InjET) (Vol. 3, Issue 2). http://www.injet.upm.edu.my

Nylea, E., Masri, N. S., & Ramli, A. A. (2024). Smart Aquaponics System Based on IoT Sistem Akuaponik Pintar Berasaskan Internet Pelbagai Benda (IoT). 5(2), 1444–1462. https://doi.org/10.30880/aitcs.2024.05.02.078

Padzil, M. R., Abdul Karim, A., & Hazrati Husnin. (2021). Analisis Keperluan Pembangunan Modul Kelas Berbalik Dan Pembelajaran Berasaskan Projek Bagi Menerapkan Pemikiran Reka Bentuk Dalam Kalangan Murid RBT. Jurnal Dunia Pendidikan, 3, 21–34. http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

Shafik Mohd Samsi, M., Zuhaili Kamal Basir, M., Gerunsin, N., Teknologi MARA, U., & Branch, S. (2023). Kelestarian Penggunaan Sistem Akuaponik Terhadap Alam Sekitar Dari Perspektif Islam: Satu Kajian Literatur. Proceedings Borneo International Islamic Conference, 14, 239–243.

Syafiqah Isa, N. M. I. (2018). Sains Humanika Effectiveness of Computerized Graphic Use as a Teaching Material in Design and Technology Students. www.sainshumanika.utm.my

Voon, S. H., & Amran, M. S. (2021). Pengaplikasian Teori Pembelajaran Konstruktivisme Dalam Pembelajaran Matematik: application of constructivism learning theory in mathematical learning. Sains Insani, 6(2).

Yanis, M. N. (2023). Pengenalan Sistem Akuaponik (Integrasi Budidaya Ikan Dan Sayuran) Di SMA Negeri 1 Kuala Pembuang. Jurnal Pengabdian Kepada Masyarakat Belida Indonesia, 3(2), 32-41

Yong. (2019). Kesan Penggunaan Portal Pembelajaran Pelajar Dalam Subjek Reka Bentuk Dan Teknologi.

Yusof, Y., Ming Foong, L., & Chee Sern, L. (2016). Integrasi konsep dan teori beban kognitif dalam pendidikan kejuruteraan di Malaysia: Satu kajian literatur. Journal of Society and Space, 3, 46–57.

Zamri Shaat, & Nurfaradilla. (2020). Cabaran Pelaksanaan Mata Pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi Sekolah Menengah (Challenges in the Implementation of Design and Technology Subject in Secondary School). Jurnal Pendidikan Malaysia, 45(01SI). https://doi.org/10.17576/jpen-2020-45.01si-07

Downloads

Published

2025-12-21

How to Cite

Azrul, M., & Abdullah, . A. S. (2025). Kebolehgunaan Modul Pengajaran Bagi Topik Reka Bentuk Akuaponik Dalam Mata Pelajaran Reka Bentuk Dan Teknologi Tingkatan 2. Asian Pendidikan, 5(2). https://doi.org/10.53797/aspen.v5i2.1.2025