Kaedah Bermain Sambil Belajar dalam Meningkatkan Penguasaan Tatabahasa Orang Asli Terhadap Mata Pelajaran Bahasa Inggeris
DOI:
https://doi.org/10.53797/aspen.v3i1.4.2023Keywords:
Orang asli, modul membaca, pendidikan, bahasa ibundaAbstract
Kajian ini adalah untuk menentukan sejauh mana keberkesanan penggunaan kaedah Memory Game membantu dalam meningkatkan penguasaan tatabahasa Present Continous Tense di kalangan murid-murid Orang Asli Tahun 3. Kajian ini dijalankan di Sekolah Kebangsaan Ulu Geruntum, Gopeng, Perak. Kajian ini menggunakan dua jenis pendekatan iaitu kualitatif dan kuantitatif. Pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk kuasi eksperimen telah dilaksanakan dalam kajian ini dan pendekatan kualitatif berlaku melalui senarai semak pemerhatian. Kaedah kuasi eksperimen yang digunakan melibatkan 12 orang murid-murid iaitu enam orang murid dalam kumpulan eksperimen dan enam orang murid dalam kumpulan kawalan. Tempoh masa yang diambil untuk kajian ini ialah selama empat minggu. Kajian ini menggunakan instrumen ujian pra dan ujian pasca, senarai semak pemerhatian dan borang soal selidik. Data yang dikutip menggunakan ujian pra dan ujian pasca serta borang soal selidik. Data dianalisis menggunakan teknik analisis deskriptif dan Ujian T. Dapatan kajian menunjukkan pencapaian kumpulan eksperimen iaitu menggunakan kaedah Memory Game lebih baik dan signifikan berbanding kumpulan kawalan yang hanya menggunakan kaedah pembelajaran tradisional. Secara kesimpulannya, kajian ini menunjukkan bahawa kaedah Memory Game dapat meningkatkan penguasaan Present Continous Tense murid Orang Asli dan menggalakkan tingkah laku yang positif.
Downloads
References
Abdullah, M. H. T., Roslim, N., Abdullah, Z., Bakar, M. N. A., & Razak, Z. A. (2023). Teknostres dalam kalangan Warga Pendidik di Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar ketika Pandemik COVID-19. e-BANGI Journal, 20(2).
Aydin, S. (2014). The use of blogs in learning English as a foreign language. Online Submission, 4(1), 244-259.
Khajloo, A. I. (2013). Problems in teaching and learning English for students. International Journal of Engineering Research and Development, 7(3), 56-58.
Kusuma, C. S. D. (2018). Integrasi bahasa inggris dalam proses pembelajaran. Efisiensi: Kajian Ilmu Administrasi, 15(2), 43-50.
Lestari, L. A. (2010). Mengenalkan aspek budaya dalam pembelajaran bahasa Inggris. Lingua Didaktika, 3(2), 145-151.
Marsden, E., & Torgerson, C. J. (2012). Single group, pre-and post-test research designs: Some methodological concerns. Oxford Review of Education, 38(5), 583-616.
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2023 Fathin Nabihah Idris
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License.