Pembangunan Permainan Periodicard dan Kajian Persepsi Bagi Topik Jadual Berkala Unsur

Authors

  • Nur Afiqah Anua Faculti Sains dan Matematik, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak, MALAYSIA
  • Wan Mohd Nuzul Hakimi Wan Salleh Department of Chemistry, Faculty of Science and Mathematics, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak, Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.53797/aspen.v4i2.9.2024

Keywords:

Permainan, jadual berkala unsur, guru pelatih

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk membangunkan permainan PeriodiCard bagi topik Jadual Berkala Unsur serta mengenalpasti nilai kesahan kandungan dan konstruk soal selidik, kebolehpercayaan, dan persepsi guru pelatih terhadap kebolehgunaan permainan. Kajian ini menggunakan model ADDIE manakala instrument yang digunakan ialah borang penilaian kesahan kandungan permainan, borang penilaian kesahan konstruk soal selidik dan soal selidik persepsi kebolehgunaan permainan. Dua orang pakar telah dilantik sebagai penilai untuk menilai kesahan kandungan dan kesahan konstruk soal selidik. Responden bagi kajian rintis adalah 15 orang guru pelatih Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) Kimia Semester 7. Seramai 86 orang guru pelatih ISMP Kimia Semester 7 telah dipilih sebagai responden untuk mendapatkan persepsi terhadap kebolehgunaan permainan. Dapatan kajian bagi kesahan kandungan permainan ialah 77.8% manakala kesahan konstruk soal selidik ialah 94.1%. Nilai pekali Cronbach’s Alpha bagi kebolehpercayaan permainan ialah 0.914. Nilai min persepsi guru pelatih terhadap kebolehgunaan permainan bagi aspek reka bentuk adalah 3.81 (sisihan piawai 0.385), aspek kandungan adalah 3.81 (sisihan piawai 0.395) dan aspek kebolehgunaan adalah 3.78 (sisihan piawai 0.410). Kesimpulannya, permainan mempunyai nilai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi termasuk nilai min bagi persepsi guru pelatih. Oleh itu, permainan PeriodiCard ini sesuai dan berguna semasa proses Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc).

Downloads

Download data is not yet available.

References

Al-Azawi, R., Al-Faliti, F., & Al-Blushi, M. (2016). Educational gamification vs. game based learning: Comparative study. International journal of innovation, management and technology, 7(4), 132-136.

Antonio, J. F. M., Jose, M. O. M., Angel, B. L., & Enrique, E. R. (2016). A game-based approach to learning the idea of chemical elements and their periodic classification. Journal of Chemical Education, 93(7), 1173-1190.

Doraiseriyan, E. R., & Damanhuri, M. I. M. (2021). Tinjauan keperluan terhadao Pembinaan Permainan dalam Pembelajaran tajuk Garam bagi pelajar Tingkatan 4. Jurnal Pendidikan Sains Dan Matematik Malaysia, 11, 21-28.

Ghulam, M. S. M., Kasim, T. S. A. T., & Kadir, F. A. A. (2019). Keperluan Pengintegrasian Sains Kesihatan dalam Pendidikan Islam KSSM Tingkatan Satu. Malaysian Journal of Education (0126-6020), 44(1).

Hamzah, M. A., & Osman, F. (2020). Persepsi pelajar terhadap manfaat dan keinginan menggunakan Snake & Ladder Digital Game Board dalam pembelajaran berasaskan permainan. Jurnal Dunia Pendidikan, 2(3), 126-134.

Isa, N. S., & Ma'arof, N. N. M. I. (2018). Keberkesanan penggunaan grafik berkomputer sebagai alat bahan bantu mengajar dalam kalangan pelajar reka bentuk dan teknologi. Sains Humanika, 10(3-3).

Krejcie, R. V., & Morgan, D. W. (1970). Determining sample size for research activities. Educational and psychological measurement, 30(3), 607-610.

Qian, M., & Clark, K. R. (2016). Game-based learning and 21st century skills: A review of recent research. Computers in Human Behavior, 63(1), 50-58.

Rayanto, Y. H. (2020). Penelitian Pengembangan Model Addie Dan R2d2: Teori & Praktek. Lembaga Academic & Research Institute.

Thomas, D. S., & Mahmud, M. S. (2021). Pembelajaran berasaskan permainan digital dalam pengajaran matematik: sebuah tinjauan literatur. Jurnal Dunia Pendidikan, 3(3), 158-168.

Siong, W. W., & Osman, K. (2018). Pembelajaran berasaskan permainan dalam pendidikan STEM dan penguasaan kemahiran abad ke-21. Politeknik & Kolej Komuniti Journal of Social Sciences and Humanities, 3(1), 121-135.

Woei, R. L. J., Bikar, S. S., Rathakrishnan, B., & Rabe, Z. (2021). Integrasi permainan media Word Wall dalam Pendidikan Sejarah. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, 6(4), 69-78.

Downloads

Published

2024-11-25

How to Cite

Anua, N. A. ., & Salleh, W. M. N. H. W. (2024). Pembangunan Permainan Periodicard dan Kajian Persepsi Bagi Topik Jadual Berkala Unsur . Asian Pendidikan, 4(2), 69-71. https://doi.org/10.53797/aspen.v4i2.9.2024