Kajian Kebolehpasaran Graduan Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah Yang Bergraduat Pada Tahun 2020

Authors

  • Zamry Ahmad Mokhtar Unit Kejuruteraan Awam, Jabatan Kejuruteraan Awam, Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, Jitra, Kedah, MALAYSIA
  • Nur Ashikin Lakman Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Bandar Darulaman, Jitra, Kedah, MALAYSIA

DOI:

https://doi.org/10.53797/anpjssh.v2i2.6.2021

Keywords:

pengangguran, kebolehpasaran pekerjaan, graduan

Abstract

Kajian tinjauan berbentuk deskriptif ini dilakukan untuk menganalisis tahap kebolehdapatan pekerjaan dan trend sektor pekerjaan di kalangan graduan Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah yang bergraduat pada tahun 2020 selepas 5 bulan tamat pengajian. Jumlah sampel kajian yang terlibat ialah 1,151 graduan daripada 1,311 populasi orang graduan yang terlibat. Kajian ini menggunakan soal selidik dari Kementerian Pendidikan Malaysia dan data kajian dianalisis dengan menggunakan Statistical Package for Sosial Science untuk mendapatkan nilai kekerapan dan peratus. Dapatan kajian menunjukkan graduan Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah pada tahun 2020 yang telah mendapat pekerjaan seramai 646 orang atau 56.13%. Hanya 321 orang atau 27.89% graduan sahaja yang belum mendapat pekerjaan. Kebanyakan graduan yang telah tamat pengajian majoritinya telah bekerja di sektor swasta tempatan dengan 277 orang atau 56.19% dan diikuti dengan sektor Pertubuhan Bukan Kerajaan dengan 117 orang atau 23.73%. Keseluruhannya kebolehpasaran graduan Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah berada pada tahap yang baik kerana hanya 27.89% graduan sahaja yang belum mendapat pekerjaan. Ini menunjukkan bidang pengajian yang telah ditawarkan di institusi ini memenuhi kehendak pasaran pekerjaan. Walaubagaimanapun terdapat banyak yang perlu diperhalusi lagi supaya peratus graduan yang menganggur ini dapat dikurangkan. Pihak industri dan majikan disarankan agar memberi ruang dan peluang kepada graduan baharu untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran industri. Graduan pula diharap agar tidak terlalu memilih pekerjaan dan disarankan untuk menjadi pencipta pekerjaan dengan menjadi usahawan supaya tidak bergantung kepada pasaran pekerjaan.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Ahmad, S., Mohd Ishak, N., Ismail, K., & Selamat, J. (2010). Generic competency profile among students in institute of higher learning: A case of Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Malaysia. College Student Journal, 44(3): 811-820.

Alkatheri, S. (2019). A Systematic Literature Review and Analysis of Unemployment Problem and Potential Solutions. International Journal of Computer Applications. 182(44), 27.

Dawood, S. R. S. M. W. R., & & Som, S. H. M. (2020). Daya Tahan Warga Emas dalam Era Pandemik: Satu Tinjauan Awal Sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Pulau Pinang , Geografi 8(2): 110–128.

Hillage, J., & Pollard, E. (1998). Employability: Developing a Framework for Policy Analysis. EfEE Research Briefing 85.

Jabatan Perangkaan Malaysia, 2020, www.dosm.gov.my.

Krejcie, R. V., & Morgan, D. W. (1970). Determining sample size for research activities. Educational and Psychological Measurement, 30, 607-610.

Laporan Statistik COVID-19. (2020). Kementerian Kesihatan Malaysia. Capaian pada 10 Oktober 2020 dari http://COVID-19.moh.gov.my/

Litisha, A. S. & Surina, N. 2010. Employability awareness among Malaysian undergraduates. International Journal of Business Management 5(8): 199-123.

Mohd Salleh, A. (2010). Pendidikan Kerjaya dan Pembangunan Modal Insan. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Pengarang (2020, 5 Mei). Bendung pengangguran akibat wabak COVID-19. Sinar Harian.Dicapai pada 6 Jun 2020 daripada https://www.sinarharian.com.my/article/82004/SUARA-SINAR/Lidah-Pengarang/Bendung-pengangguran-akibat-wabak-COVID-19

Rashid, A., & Dorashid, A. (2020). Pengangguran dalam kalangan Tenaga Kerja Semasa Wabak COVID-19 Abstrak The Unemployment among Employees during Pandemic COVID-19 Abstract Pengenalan Pengangguran Semasa Wabak COVID-19 . 5(11): 1–9.

Rahman, S., Mokhtar, S. N., Mohd Yasin, R., & Mohd Hamzah, M. I. (2011). Generic skills among technical students in Malaysia. Procedia – Social and Behavioral Science, 15: 3713-3717.

Ramli, A., Nawawi, R., & Chun, M.P.P. (2010). Employees’ perception of employability skills needed in todays workforce among physiotherapy graduates. Procedia - Social and Behavioral Sciences, 7(C): 455-463.

Sumer, B. (2018). Impact of Industry 4.0 on Occupations and Employment in Turkey. European Scientific Journal 14(10),15. Doi: 10.19044/esj.2018.v14n10p1.

Venhorst, V., Dijk, J. V., & Wissen, L. V. (2010). Do The Best Graduates Leave the Peripheral Areas of the Netherlands? Tijdschrift voor Economische en Social Geografie, 521–537.

World Health Organization (WHO). (2020). Capaian pada 8 Mei 2020 di https://www.who.int/emergencies/diseases/novel-coronavirus-2019

Zainudin, M. Z. (2 Jun 2020). COVID-19: Kerajaan Analisis Kesan Terhadap Sektor Terjejas. Berita Harian Online. Capaian pada 10 Oktober 2020 dari https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/06/695534/COVID-19-kerajaan-analisis-kesan-ke-atas-sektor-terjejas

Downloads

Published

2021-08-01

How to Cite

Ahmad Mokhtar, Z., & Lakman, N. A. (2021). Kajian Kebolehpasaran Graduan Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah Yang Bergraduat Pada Tahun 2020. ANP Journal of Social Science and Humanities , 2(2), 47-51. https://doi.org/10.53797/anpjssh.v2i2.6.2021