Keberkesanan Model PLTP Dalam Pembelajaran Kursus Matematik Di Kolej Komuniti Kuala Terengganu
DOI:
https://doi.org/10.53797/anp.jssh.v2i2.11.2021Keywords:
Matematik, Perimeter, Luas, Teorem PithagorasAbstract
Model Perimeter, Luas, & Teorem Pithagoras (PLTP) adalah alat bantu mengajar dalam proses pembelajaran dan pengajaran Kursus Matematik di Kolej Komuniti Kuala Terengganu. Model ini digunakan dalam subtopik Perimeter, Luas dan Teorem Pithagoras. Kajian ini dibuat untuk mengenalpasti keberkesanan model tersebut. Kajian ini berbentuk kuasi eksperimen dengan reka bentuk Kumpulan Kawalan Tidak Serupa (Nonequivalent Control Group). Kajian ini menggunakan persampelan seluruh populasi. Semua pelajar semester dua Program Sijil Servis Kenderaan Ringan (SKR) sesi Disember 2019 dijadikan sampel kajian. Kelas SKR 2A seramai 18 orang ditentukan sebagai kumpulan eksperimen dengan Model PLTP sebagai bahan intervensi manakala kelas SKR 2B seramai 22 orang ditentukan sebagai kumpulan kawalan. Instrumen Ujian Pra dan Ujian Pos digunakan untuk mengukur hasil pembelajaran pelajar. Perbandingan nilai min Ujian Pra digunakan untuk menjawab persoalan kajian yang pertama manakala statistik non-parametrik menggunakan Ujian Mann-Whitney digunakan untuk menjawab persoalan kajian berikutnya. Dapatan kajian menunjukkan: (1) tidak terdapat perbezaan tahap pengetahuan sedia ada pelajar sebelum permulaan topik (ujian pra), (2) terdapat perbezaan hasil pencapaian pelajar dalam Kursus Matematik antara pelajar yang mengikuti kaedah pembelajaran menggunakan model PLTP dengan pelajar yang mengikuti kaedah pembelajaran secara konvensional. Secara keseluruhannya, Model PLTP yang diperkenalkan dapat memberi kesan kepada hasil pembelajaran matematik. Dapatan kajian ini membawa implikasi yang bermakna kepada pihak-pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam perancangan dan pelaksanaan kurikulum matematik. Diharapkan model PLTP ini dapat memberi manfaat dan dijadikan sumber rujukan oleh pensyarah lain yang mengajar matematik untuk menggunakan model ini dalam proses penyampaian pembelajaran dan pengajaran mereka agar tahap penguasaan konsep asas matematik pelajar kolej komuniti meningkat seterusnya membantu pelajar terbabit apabila melanjutkan pelajaran ke Politeknik atau Universiti.
Downloads
References
Ghafar, M. N. A. (2011). Pembinaan & Analisis Ujian Bilik Darjah. Johor: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.
Ghafar, M. N. A. (1999). Penyelidikan pendidikan. Johor: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.
Hamid, H. A., Idris, N., & Tapsir, R. (2019). The Functions of Graphics and Visual Reasoning Demand in Mathematical Problems in the Malaysian National Examination. Asian Journal of Assessment in Teaching and Learning, 3, 31-45.
Konting. (2005). Kaedah penyelidikan pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.
Leong, L. K., Hong, K. A., & Kuan, S. A. (2007). Satu Kajian Mengenai Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Dalam Pengajaran Pembelajaran Matematik Di Sekolah Rendah. Tesis Jabatan Matematik Maktab Perguruan Batu Lintang, Sarawak.
Meng, C. C., & Idris, N. (2012). Assessment of Pre-Service Secondary Mathematics Teachers’ Van Hiele Levels of Geometric Thinking. Asian Journal of Assessment in Teaching and Learning, 2, 60-74.
Meng, E. A. (1998). Pedagogi III: Pengujian Dan Penilaian, Pemulihan, Pengayaan dan Pendidikan Inklusif. Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Omar. (2004). Proses Dalam Matematik. Jurnal Akademik Maktab Perguruan Kuala Terengganu, 14, 26-33.
Riyati, I., & Suparman, S. (2019). Design student worksheets based on problem-learning to enhance mathematical communication. Asian Journal of Assessment in Teaching and Learning, 9(2), 9-17.be
Sam, L. C., Salleh, F., & Ghazali, M. (2003). Siri Pembangunan Perguruan: Alat Bantu Mengajar Matematik. Pahang: PTS Publication & Distributors Sdn Bhd.
Safrina, K., Ikhsan, M., & Ahmad, A. (2014). Peningkatan Kemampuan Pemecahan Masalah Geometri melalui Pembelajaran Kooperatif Berbasis Teori Van Hiele. Jurnal Didaktik Matematika. 1: 9–20.
Shahabudin, M. R. (1983). Latar belakang matematik sekolah rendah dalam Kurikulum Baru Sekolah Rendah dan matlamatnya. Jurnal maktab Perguruan Kuantan. 1: 111-116.
Suparman, S., & Wijayanti, D. D. (2019). Design of realistic mathematics-based student worksheets to improve students’ critical thinking ability. Asian Journal of Assessment in Teaching and Learning, 9(1), 38-43. https://doi.org/10.37134/ajatel.vol9.no1.4.2019.
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2021 Salina Mohmed

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License.