Tahap Pengintegrasian ICT Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Di Kalangan Pensyarah Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin
DOI:
https://doi.org/10.53797/anpjssh.v2i2.1.2021Keywords:
Pengintegrasian ICT, Kekerapan Penggunaan ICT, Pengajaran dan Pembelajaran, , Pensyarah PoliteknikAbstract
Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengetahui tahap perlaksanaan pengintegrasian ICT dalam pengajaran dan pembelajaran di kalangan pensyarah Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun, Terengganu. Aspek yang dikaji di dalam kajian ini adalah tahap kemahiran pengintegrasian ICT, tahap kekerapan penggunaan ICT, hubungkait di antara pengintegrasian dan kekerapan penggunaan ICT dan faktor-faktor yang menjadi penghalang kepada pengintegrasian ICT di kalangan pensyarah PSMZA. Sampel kajian terdiri daripada 172 orang pensyarah pelbagai jabatan di PSMZA. Kajian ini menggunakan teknik tinjauan iaitu soal selidik kepada para pensyarah PSMZA. Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan SPSS versi 26. Hasil analisa mendapati bahawa, tahap kemahiran pengintegrasian ICT, M = 3.220 dan S.P = 0.977. Tahap kekerapan penggunaan ICT pula memperolehi M=3.075 dan S.P = 1.205. Kedua-dua tahap menunjukkan pada skala sederhana tinggi. Analisa ANOVA pula mendapati bahawa JTMK merupakan jabatan yang mempunyai tahap kemahiran dan kekerapan penggunaan ICT yang tinggi berbanding jabatan-jabatan lain. Di samping, hasil kajian juga mendapati terdapati korelasi yang tinggi di antara tahap pengintegrasian dan tahap kekerapan penggunaan ICT iaitu sebanyak 92.5%. Halangan kepada para pensyarah adalah kekangan masa dalam menambah kemahiran dalam bidang ICT. Hasil kajian ini diharapkan dapat memberi makluman yang penting kepada pihak pengurusan PSMZA dalam usaha meningkatkan lagi pengintegrasian ICT dalam pengajaran dan pembelajaran di politeknik secara khususnya.
Downloads
References
Ahmad, A. N., Mustaffa, M., & Hussain, S. N. (2008). Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran: Satu Kajian di Jabatan Pengajian Am,Politeknik Merlimau, Melaka (https://www.scribd.com/doc/240371927/Penggunaan-ICT-Libre).
Ahmad, J. (2002). Pemupukan budaya penyelidikan di kalangan guru di sekolah:satu penilaian. Tesis doktor falsafah: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Bakar, M. N., & Hadi, R. A. (2011). Pengintegrasian ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik di Kalangan Guru Matematik Di Daerah Kota Tinggi. Journal of Science and Mathematics Educational, Vol 2, pp 1-17.
Bakar, B. A. (2007). Kaedah analisis data penyelidikan ilmiah. Utusan Publications.
Hamdan, A. R., & Mohd Yasin, H. (2008). Penggunaan Alat Bantu Mengajar (ABM) Di Kalangan Guru-Guru Teknikal Di Sekolah Menengah Teknik Daerah Johor Bahru. Johor. Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). (2015). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015 - 2025 (Pendidikan Tinggi).pp 1-12.
Khalid, F., Daud, M. Y., & Nasir, M. K. M. (2016). Perbandingan Penggunaan Telefon Pintar Untuk Tujuan Umum dan Pembelajaran Dalam Kalangan Pelajar Universiti. International Conference on Education and Regional Development. pp 173-182.
Kiflee, C. S., & Khalid, F. (2014). Keberkesanan Kaedah Multimedia dalam Pengajaran dan Pembelajaran Terhadap Pelajar Pintar. International Seminar On Global Education II, pp 5-24.
Krejcie, R. V., & Morgan, D. W. (1970). Determining sample size for research activities. Educational and Psychological Measurement (30th edition).pp 607-610.
Krishnan, K., & Daud, M. Y. (2019). Pengintegrasian Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (Tmk) Dalam Proses Pengajaran Dan Pemudahcaraan (Pdpc) Matematik Dalam Kalangan Pensyarah Di Kolej-Kolej Vokasional Negeri Sembilan. Jurnal Dunia Pendidikan. Vol 1. No 3. pp 89-99.
Luaran, J. E. (2013). Perkembangan, Cabaran dan Aplikasi Teknologi Maklumat Dalam Pengajaran dan Pembelajaran di Malaysia. Fakulti Pendidikan. Universiti Teknologi Mara Malaysia.
Othman, T. N. T. (2015). Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam Pengajaran dan Pembelajaran Guru Cemerlang Pendidikan Islam di Negeri Selangor. Tesis Sarjana. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Sinnappen, P., Yaakob, M. F. M., & Awang, H. (2019). Hubungan Antara Sikap Dengan Kemahiran Pemimpin Sekolah Terhadap Penggunaan ICT Dalam Pengurusan Sekolah Rendah Daerah Kulim/Bandar Baharu. Journal of Education Research and Indigeos Studies. Vol 2(1). pp 89-99.
Zakaria, S. R., Hamzah, M. I., & Abdul Razak, K. (2017). Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pensyarah Pendidikan Islam di Politeknik Zon Selatan. Tinta Artikulasi Membina Ummah, Vol 3(1), pp 29-41.
Zakaria, N. A., & Khalid, F. (2016). The Benefits and Constraints of the Use of Information and Communication Technology (ICT) in Teaching Mathematics. Creative Education. Vol 7. pp 1537-1544.
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2021 Noor Syahida Shamsuddin, Rosamalina Mohd @ Mohd Noor, Safiah Awang

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License.