Perspektif majikan terhadap keupayaan pelajar dalam menunjukkan kemahiran praktikal secara berkesan dalam persekitaran kerja global

Authors

  • Suzan Impak
  • Hazriesyam Amir Mustapha Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan Pahang, Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.53797/anpjssh.v1i1.7.2020

Keywords:

Keupayaan Pelajar, Kemahiran Praktikal, Persekitaran Kerja Global

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mendapatkan persepsi majikan terhadap keupayaan pelajar dalam menunjukkan kemahiran praktikal secara berkesan dalam persekitaran kerja global. Antara aspek yang menjadi fokus di dalam kajian ini ialah keupayaan pelajar untuk melakukan prosedur kerja makmal yang betul, keupayaan pelajar menjalankan kerja-kerja pembinaan di lapangan dan kebolehan pelajar dalam mengendalikan peralatan kerja.  Responden kajian terdiri dari pelajar semester 5 yang sedang menjalani latihan industri. Dapatan kajian mendapati nilai skor markah bagi keupayaan pelajar untuk melakukan prosedur kerja makmal yang betul adalah 3.62 iaitu tinggi.  Sementara itu, bagi aspek mengenalpasti keupayaan pelajar menjalankan kerja-kerja pembinaan di lapangan, nilai skor markah ialah 3.94 yang juga membawa maksud tinggi dan dari aspek kebolehan pelajar dalam mengendalikan peralatan kerja juga menunjukkan nilai skor markah yang tinggi iaitu 3.86. Purata skor markah adalah 3.81. Berdasarkan nilai skor yang tinggi ini, maka dapatlah disimpulkan bahawa majoriti majikan berpuas hati dengan prestasi pelajar yang menjalani latihan industri di firma mereka. Ini bermakna, pelajar berkeupayaan untuk melakukan prosedur kerja makmal yang betul, berkeupayaan menjalankan kerja-kerja pembinaan di lapangan dan berkebolehan dalam mengendalikan peralatan kerja. Pengkaji mengharapkan agar dapatan kajian ini dapat memberi manfaat kepada pihak-pihak berkepentingan seperti Unit Perhubungan dan Latihan Industri (UPLI) Politeknik Kota Kinabalu, pensyarah dan pelajar khususnya.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Abdullah, A. G., & Abd Azis, A. R. (2009). Mengurus Tingkah Laku Pelajar. Kuala Lumpur:PTS Professional Publishing Sdn Bhd.

Ahmad, N. L., & Majid, N. A. (2018). Program Praktikum Sebagai Medium Pengukuhan Kemahiran Insaniah dalam Kalangan Guru Pelatih (Practical Programme as a Medium to Strengthen Soft-Skills Among Trainee Teachers). Jurnal Pendidikan Malaysia (Malaysian Journal of Education), 43(02), 17-27.

Armstrong, M. (2003) A handbook of human resource management practice. Kogan Press, London.

Azad. A. (2003). Pengendalian Makmal Dan Bengkel: http://www.unimap.edu.my

Beck, C., & Kosnik, C. (2002). Components of a good practicum placement: Student teacher perceptions. Teacher Education Quarterly, 29(2), 81-97.

Buhari, N. (2008). Tahap Kesediaan Pelajar-Pelajar Kursus Binaan Bangunan Terhadap Keselamatan Di Dalam Bengkel. http://eprints.utm.my/10905/1/Tahap_Kesediaan_Pelajar.pdf

Dzia-Uddin, D. N. (2020). Keberkesanan Latihan Industri Graduan Diploma Pengurusan Perhotelan, Kuim (Kohort 35 & 36): Tinjauan Dari Perspektif Majikan. Journal of Hospitality and Networks, 1(1), 45-52.

Ferguson, R. F. (1991). Paying for public education: New evidence on how and why money matters. Harv. J. on Legis., 28, 465.

Gardner, H. (1999). The discipline mind: What all students should understand. New York: Simon & Schuster.

Ibrahim, N. H., Surif, J., & Mustapa, M. S. (2006) Kefahaman dan tahap amalan pembelajaran secara kontekstual di kalangan guru Sains luar bandar. [Cited 5 April 2014]. Available from: http:// eprints.utm.my/2230/1/4_5.pdf.

Idrus, H., Noor, A. M., Salleh, R., & Hashim, H. M. (2010, December). An exploratory study on interns' communicative abilities: The industrial internship experience. In 2010 2nd International Congress on Engineering Education (pp. 1-6). IEEE.

Ismail, M. H. (2012). Kajian mengenai kebolehpasaran siswazah di Malaysia: Tinjauan dari perspektif majikan. Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke VII. Ipoh, Perak: Universiti Kebangsaan Malaysia. ms, 906-913.

Kiong, T. T., Florentius, A. W., Abu, M., Rubi, D. M., Mohamed, S., Heong, Y. M., & Mohamad, M. M. (2017). Tahap penguasaan teori dan amali dalam kalangan pelajar ekonomi rumah tangga: Kajian persepsi di universiti awam Malaysia (Theoretical and practical command of Malaysia’s home economics students: A perception study from a public university). Geografia-Malaysian Journal of Society and Space, 12(3).

Lindberk, J. R. (1986). The Good Mentor Grade Initial Teacher Education in Secondary Schools. Buckingham Open University Press

Memon, M. A., Salleh, R., Harun, H., Rashid, R. A., & Bakar, Z. A. (2014). Training, engagement, social exchange ideology and employee turnover: A proposed moderated mediation conceptual framework. Australian Journal of Basic & Applied Sciences, 8(5), 151-156.

Ngadiman, S. H., & Jamaludin, M. F. (2018). Hubungan di antara Kemahiran Kerja Berpasukan dan Kemahiran Komunikasi dalam Kalangan Pelajar Semesta Akhir Politeknik (The Relationship Between Teamwork Skills and Communication Skills Among Polytechnic’s Final Semester Students). Ngadiman, SH & Jamaludin, MF (2018). Hubungan di antara Kemahiran Kerja Berpasukan dan Kemahiran Komunikasi dalam Kalangan Pelajar Semester Akhir Politeknik. International Journal of Education, Psychology and Counseling, (3) (19), 01-18.

Othman, N. (2017). Daya Tahan Pelajar Universiti Awam dan Universiti Swasta (Student Resilience of Public and Private University Students). Jurnal Pendidikan Malaysia (Malaysian Journal of Education), 42(1), 69-78.

Seigler, I. C., Gentry, W. D., & Edwards, C. D. (1979). Training in geropsychology: A survey of graduate and internship training programs. Professional Psychology, 10(3), 390.

Sayuti, S. (2000). “Psikiologi Pendidikan” cetakan pertama Skudai : Universiti Teknologi Malaysia.

Weinberg, M. L., & Mazey, M. E. (1988). Government-university-industry partnerships in technology development: a case study. Technovation, 7(2), 131-142.

Yusof, M. M., & Mohiddin, N. H. (2018). Refleksi Pelajar Terhadap Keberkesanan Kursusu Latihan Industri: Kajian Kes Pelajar Politeknik Muadzam Shah. Attarbawiy: Malaysian Online Journal of Education Vol. 2, No. 2 (2018), 46-54.

Downloads

Published

2020-12-31

How to Cite

Impak, S. ., & Mustapha, H. A. (2020). Perspektif majikan terhadap keupayaan pelajar dalam menunjukkan kemahiran praktikal secara berkesan dalam persekitaran kerja global. ANP Journal of Social Science and Humanities , 1(1), 39-43. https://doi.org/10.53797/anpjssh.v1i1.7.2020