Perspektif majikan terhadap keupayaan pelajar dalam menunjukkan kemahiran komunikasi secara berkesan dalam persekitaran kerja global

Authors

  • Suzan Impak Politeknik Kota Kinabalu, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
  • Hazriesyam Amir Mustapha Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan Pahang, Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.53797/anpjssh.v1i1.6.2020

Keywords:

Keupayaan Pelajar, Kemahiran Komunikasi, Persekitaran Kerja Global

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mendapatkan persepsi majikan terhadap keupayaan pelajar dalam menunjukkan kemahiran komunikasi secara berkesan dalam persekitaran kerja global.  Antara aspek yang menjadi fokus di dalam kajian ini ialah keupayaan pelajar untuk menyatakan idea dengan yakin, keupayaan pelajar menjawab soalan yang diajukan, keupayaan pelajar untuk menghasilkan laporan mengikut standard yang ditentukan dan keupayaan pelajar untuk menyesuaikan persembahan di hadapan khalayak yang berbeza.  Responden kajian terdiri dari pelajar semester 5 yang sedang menjalani latihan industri.  Dapatan kajian mendapati nilai skor markah bagi keupayaan untuk menyatakan idea dengan yakin adalah Ttinggi dengan nilai skor markah sebanyak M=4.14. Sementara itu, bagi aspek keupayaan menjawab soalan yang diajukan, nilai skor markah ialah M=4.08 yang juga membawa maksud Tinggi, aspek keupayaan menghasilkan laporan mengikut standard yang ditentukan juga menunjukkan nilai skor markah yang tinggi iaitu 3.97 dan keupayaan untuk menyesuaikan persembahan di hadapan khalayak yang berbeza juga menunjukkan nilai skor markah yang tinggi iaitu sebanyak 3.84. Purata nilai skor markah bagi keempat-empat item ini ialah 4.01. Berdasarkan nilai skor yang tinggi ini, maka dapatlah disimpulkan bahawa majoriti majikan berpuashati dengan prestasi pelajar yang menjalani latihan industri di firma mereka. Ini bermakna, pelajar berkeupayaan untuk menyatakan idea dengan yakin, berkeupayaan menjawab soalan yang diajukan, berkeupayaan menghasilkan laporan mengikut standard yang ditentukan dan berkeupayaan untuk menyesuaikan persembahan di hadapan khalayak yang berbeza. Pengkaji berharap agar dapatan kajian ini dapat memberi manfaat kepada pihak-pihak berkepentingan seperti Unit Perhubungan dan Latihan Industri (UPLI) Politeknik Kota Kinabalu, pensyarah dan pelajar khususnya.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Abdullah, A. G., & Abd Aziz, A. R. (2009). Mengurus Tingkah Laku Pelajar. Kuala Lumpur:PTS Professional Publishing Sdn Bhd.

Ahmad, N. L., & Majid, N. A. (2018). Program Praktikum Sebagai Medium Pengukuhan Kemahiran Insaniah dalam Kalangan Guru Pelatih (Practical Programme as a Medium to Strengthen Soft-Skills Among Trainee Teachers). Jurnal Pendidikan Malaysia (Malaysian Journal of Education), 43(02), 17-27.

Beck, C., & Kosnik, C. (2002). Components of a good practicum placement: Student teacher perceptions. Teacher Education Quarterly, 29(2), 81-97.

Dazali, N. S. M., & Awang, M. I. (2016). Tahap kemahiran komunikasi dalam kalangan pelajar sarjana muda pendidikan IPTA di utara semenanjung Malaysia. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 4(2), 44-56.

Dzia-Uddin, D. N. (2020). Keberkesanan Latihan Industri Graduan Diploma Pengurusan Perhotelan, Kuim (Kohort 35 & 36): Tinjauan Dari Perspektif Majikan. Journal of Hospitality and Networks, 1(1), 45-52.

Gardner, H. (1999). The discipline mind: What all students should understand. New York: Simon & Schuster.

Gonzales, N. A. P. (2020). 21st Century Skills in Higher Education: Teaching and Learning at Ifugao State University, Philippines. Asian Journal of Assessment in Teaching and Learning, 10(2), 72-81. https://doi.org/10.37134/ajatel.vol10.2.8.2020.

Husain, M. Y., Rasul, M. S., Mustapha, R., Malik, S. A., & Abd Rauf, R. A. (2013). Tahap kemahiran employability pelajar kejuruteraan dari perspektif majikan. Sains Humanika, 62(1).

Ismail, M. H. (2012). Kajian mengenai kebolehpasaran siswazah di Malaysia: Tinjauan dari perspektif majikan. Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke VII. Ipoh, Perak: Universiti Kebangsaan Malaysia. ms, 906-913.

Osman, M. (2008). Komunikasi Berkesan Hubungan Intrapersonal. Cetakan Pertama. Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN):Kuala Lumpur.

Othman, N. (2017). Daya Tahan Pelajar Universiti Awam dan Universiti Swasta (Student Resilience of Public and Private University Students). Jurnal Pendidikan Malaysia (Malaysian Journal of Education), 42(1), 69-78.

Li, L. P., Ee, G. T., & Muhamad, A. S. bin. (2011). Testing and Assessment for Career Guidance and Counseling in School Setting. Asian Journal of Assessment in Teaching and Learning, 1, 105-115.

Mangkau, I. D. (2012). Penguasaan kemahiran komunikasi dalam kalangan pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).

Martin, M. (2019). The implementation of school-based management in public elementary schools. Asian Journal of Assessment in Teaching and Learning, 9(1), 44-56. https://doi.org/10.37134/ajatel.vol9.no1.5.2019.

Ngadiman, S. H., & Jamaludin, M. F. (2018). Hubungan di antara Kemahiran Kerja Berpasukan dan Kemahiran Komunikasi dalam Kalangan Pelajar Semesta Akhir Politeknik (The Relationship Between Teamwork Skills and Communication Skills Among Polytechnic’s Final Semester Students). Ngadiman, SH & Jamaludin, MF (2018). Hubungan di antara Kemahiran Kerja Berpasukan dan Kemahiran Komunikasi dalam Kalangan Pelajar Semester Akhir Politeknik. International Journal of Education, Psychology and Counseling, (3) (19), 01-18.

Rogers E. M. (1969). Diffusion of Inovation. New York:The Fre Press.

Yusof, M. M., & Mohiddin, N. H. (2018). Refleksi Pelajar Terhadap Keberkesanan Kursusu Latihan Industri: Kajian Kes Pelajar Politeknik Muadzam Shah. Attarbawiy: Malaysian Online Journal of Education Vol. 2, No. 2 (2018), 46-54.

Downloads

Published

2020-12-31

How to Cite

Impak, S. ., & Mustapha, H. A. (2020). Perspektif majikan terhadap keupayaan pelajar dalam menunjukkan kemahiran komunikasi secara berkesan dalam persekitaran kerja global. ANP Journal of Social Science and Humanities , 1(1), 34-38. https://doi.org/10.53797/anpjssh.v1i1.6.2020