Kajian penyelidikan bagi pembinaan Lengkung Keamatan-Tempoh Frekuensi (Idf Curve) bagi daerah Pekan, Pahang menggunakan kaedah Gumbel

Authors

  • Suhaimi Yajid Jabatan Kejuruteraan Awam, Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Semambu, Kuantan, Pahang, Malayasia
  • Hazriesyam Amir Mustapha Jabatan Kejuruteraan Awam, Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Semambu, Kuantan, Pahang, Malaysia
  • Affendi Deris Jabatan Kejuruteraan Awam, Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Semambu, Kuantan, Pahang, Malayasia

DOI:

https://doi.org/10.53797/anpjssh.v2i1.4.2021

Keywords:

Lengkung keamatan hujan, , lengkung IDF, Pahang Tua, Pekan Pahang

Abstract

Lengkung Keamatan – Tempoh - Frekuensi Hujan (IDF) merupakan satu elemen yang sangat penting dalam bidang hidrologi untuk digunakan dalam aspek rekabentuk sesuatu struktur terutamanya dalam rekabentuk sistem saliran perbandaran. Oleh itu, lengkung IDF yang terkini penting dalam memastikan struktur yang dibina kelak dapat berfungsi dengan lebih efisyen dan memastikannya tidak gagal sepanjang tempoh jangka hayat rekabentuknya. Objektif bagi kajian ini adalah membina lengkung IDF bagi Bandar Pekan Pahang menggunakan kaedah Gumbel dan membandingkannya dengan lengkung IDF yang terdapat di dalam Manual Saliran Mesra Alam Malaysia (MASMA) melalui Ujian Kesepadanan Chi-Square dan perbandingan peratusan. Data stesen hujan yang digunakan dalam analisis kajian ini adalah data stesen hujan bagi Rumah Pam Pahang Tua (3533102) yang diambil dari Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Ampang Kuala Lumpur bermula dari tahun 1980 hingga 2013. Data hujan dari stesen ini akan dianalisis menggunakan kaedah Taburan Nilai Ekstrem atau Gumbel bagi mendapatkan nilai keamatan hujan bagi Kala Kembali 2, 5, 10, 20, 50 dan 100 tahun dengan tempoh hujan 5, 10, 15, 30, 45, 60, 120, 180, 360, 540, 720, 900 dan 1440. Seterusnya lengkung IDF akan dibina daripada nilai keamatan yang diperolehi menggunakan perisian Microsoft Excel. Dari Ujian Kesepadanan Chi-Square, diperolehi nilai x2 bagi lengkung IDF yang baru dibina dari kaedah Gumbel ialah 0.382. Nilai x2 yang diperolehi ini lebih besar daripada nilai α (0.05), maka ini menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan secara saintifik (hipotesis alternatif) atau disimpulkan tidak terdapat perbezaan yang ketara antara kedua-dua kaedah taburan dengan nilai keamatan hujan di dalam MASMA dan peratusan perbandingan juga sekitar 3% adalah terlalu sedikit. Maka hasil lengkung IDF yang baru dibina daripada kedua - dua kaedah taburan sesuai digunapakai bagi tujuan rekabentuk infrastruktur sistem saliran Bandar Pekan, Pahang.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Adams, B. J., & Papa, F. (2000). Analytical Probabilistic Models for Stormwater Management Planning. John New Wiley & Sons, New York, 358pp.

Ahmad Hazry, H. (1992). Rekabentuk Lengkung Keamatan - Jangkamasa - Frekuensi Hujan. Tesis Sarjana Muda, Jabatan kejuruteraan Awam, Universiti Teknologi Malaysia.

Bedient, P. B., & Hubber, W.C. (1992). “Hydrology and Floodplain Analysis”.Addison-Wesley Publishing Company, Reading, Mass.

Chen, C. L. (1983). “Rainfall intensity-duration-frequency formulas”, ASCE J. Hydraulic Eng., 109,1603–1621.

Chow, V. T., Maidment, D. R., & Mays, L. W. (1988). “Applied Hydrology”, McGraw - Hill.

dan Saliran, J. P. (2012). Urban stormwater management for Malaysia: MSMA.

Daniell, T. M, & Tabios, III. G. Q. (2008). “Asian Pacific FRIEND: Rainfall Intensity Duration Frequency (IDF) Analysis for the Asia Pacific Region”. IHP-VII Technical Documents in Hydrology No.2, Regional Steering Committee for Southeast Asia and the Pacific, UNESCO Jakarta.

Fatimah, M. N., Hadibah, I., Mohamad Noor, S., & Abd. Aziz, I. (1992). “Hidrologi Kejuruteraan (Terjemahan E.M. Wilson), Unit Penerbitan Akademik, Universiti Teknologi Malaysia.

Hall, M. J. (1984). “Urban Hydrology”. Elsevier Applied Sciences Publishers.

Hashim, A. (1993). “Development of A User Friendly System For Hydrological.

Ismail, W. R. (1994). Pengantar Hidrologi. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Koutsoyiannis, D., Kozonis, D., & Manetas, A. (1998). “A mathematical framework for studying rainfall intensity - duration - frequency relationships”, Journal of Hydrology, 206(1-2), 118-135.

Milington, N., Das, S., & Simonovic, S. P. (2011). The Comparison of GEV, Log-Pearson Type 3 and Gumbel Distributions in the Upper Thames River Watershed under Global Climate Models. Water Resources Research Report, Report No: 077, Department Of Civil And Environmental Engineering, The University Of Western Ontario.

Mohamad Noor, F., Ismail, H., Salleh, M. N., & Ibrahim, A. A. (1992). Hidrologi Kejuruteraan. Unit Penerbitan Akademik Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.

Mukhtar, N. N., Aimrun, W., Ahmad Fikri, A., & Muhamad Saufi, M. K. (2020). Lengkung Keamatan-TempohFrekuensi Semasa dan Masa Hadapan berdasarkan Pemberatan GCM Ensembel dan Pengasingan Temporal. Sains Malaysiana 49(10)(2020): 2359-2371. http://dx.doi.org/10.17576/jsm-2020-4910-03.

Norhayati, M. G. (1994). Pembangunan Lengkung Keamatan Jangkamasa Frekuensi Hujan. Tesis Sarjana Muda, Jabatan kejuruteraan Awam, Universiti Teknologi Malaysia.

Nur Asma’, S. (2015). The Development Of Intensity-Duration-Frequency Curves For Pahang. Tesis Sarjana Muda, Jabatan kejuruteraan Awam & Sumber Bumi, Universiti Malaysia Pahang.

Nur Atikah, M. Z. (2016). The Development Of Rainfall Intensity-Duration-Frequency (Idf) Curves In Klang Valley. Tesis Sarjana Muda, Jabatan kejuruteraan Awam & Sumber Bumi, Universiti Malaysia Pahang.

Viessman, W. (1989). “Introduction to Hydrology”. Intext Education, New York.

Wenzel, H. G. (1982). Rainfall for urban stormwater design, Urban Storm Water Hydrology.Kibler, D.F. (ed.) Water Resources Monograph 7, American Geophysical Union, Washington D.C.

Zelenhasic, E. (1970). Theoritical Probability Distributions for Flood Peaks. Hydrology Papers, Colorado State University.

Downloads

Published

2021-02-28

How to Cite

Yajid, S., Amir Mustapha, H., & Deris, A. (2021). Kajian penyelidikan bagi pembinaan Lengkung Keamatan-Tempoh Frekuensi (Idf Curve) bagi daerah Pekan, Pahang menggunakan kaedah Gumbel. ANP Journal of Social Science and Humanities , 2(1), 26-35. https://doi.org/10.53797/anpjssh.v2i1.4.2021