Reka Bentuk dan Pembangunan Model Pengajaran Apresiasi Seni Berasaskan Aplikasi Galeri Maya di Sekolah Menengah

Authors

  • Farah Suhaiza Saaya Fakulti Seni, Kelestarian dan Industri Kreatif, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak, MALAYSIA
  • Ida Puteri Mahsan Fakulti Seni, Kelestarian dan Industri Kreatif, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak, MALAYSIA
  • Norzuraina Mohd Nor Fakulti Seni, Kelestarian dan Industri Kreatif, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak, MALAYSIA

DOI:

https://doi.org/10.53797/anp.jssh.v4i1.6.2023

Keywords:

Pembangunan model, Apresiasi seni visual, aplikasi galeri maya, sekolah menengah

Abstract

Kajian ini adalah untuk memberi kesedaran mengenai kepentingan apresiasi seni dalam Pendidikan Seni Visual (PSV). Masih terdapat kekangan dalam perlaksanaannya dalam kelas formal. Guru kurang pengetahuan dan kemahiran teknologi terutamanya kompentesi dalam membuat apresiasi seni visual yang diperlukan dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) di sekolah. Kajian ini bertujuan untuk membangunkan model pengajaran Apresiasi Seni Visual berasaskan teknologi bagi mata pelajaran PSV di sekolah menengah. Berdasarkan sorotan literatur, model seumpama ini masih belum dibangunkan sebagai panduan kepada guru-guru untuk melaksanakan pengajaran apresiasi seni dalam setiap topik mata pelajaran PSV. Kajian ini menggunakan pendekatan reka bentuk dan pembangunan (DDR) yang diasaskan oleh Richey dan Klein (2007). Kajian ini dibahagikan kepada 3 fasa. Fasa pertama melibatkan fasa analisis keperluan menggunakan kaedah temu bual dan analisis dokumen kepada lima orang guru sekolah menengah di negeri Selangor untuk melihat bagaimana pembelajaran apresiasi seni berasaskan teknologi diimplementasikan di sekolah menengah. Untuk fasa dua pula data menggunakan kaedah Fuzzy Delphi yang akan menghasilkan konstruk utama dan item untuk setiap konstruk yang akan disepakati oleh pakar melalui instrumen soal selidik fuzzy. Manakala fasa ketiga melibatkan penilaian kebolehgunaan model bertujuan untuk melihat kesesuaian serta kebolehgunaan model pengajaran Apresiasi Seni Visual berasaskan teknologi bersesuaian dan boleh digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pembangunan model ini dapat memberi garis panduan kepada guru PSV di sekolah menengah dalam melaksanakan pembelajaran abad ke 21.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Ariffin, M. S. N. (2010). Sejauhmana keberkesanan perlaksanaan sesi apresiasi seni di sekolah menengah dalam pendidikan seni (Doctoral dissertation, Universiti Pendidikan Sultan Idris).

Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2011). Elemen Merentas Kurikulum dalam Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM). Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia.

Chiu, M. C., Hwang, G. J., & Hsia, L. H. (2023). Promoting students' artwork appreciation: An experiential learning‐based virtual reality approach. British Journal of Educational Technology, 54(2), 603-621. https://doi.org/10.1111/bjet.13265

Lowenfeld, V. (1957). The adolescence of art education. Art education, 10(7), 5-12. https://doi.org/10.1080/00043125.1957.11652499

Madrid, D., Ahmed, U., & Kumar, R. (2019). Examining the Impact of Classroom Environment on Entrepreneurship Education: Case of a Private University in Bahrain. Journal of Entrepreneurship Education, 22(1), 1-8.

Maschio, A. V., & Correia, N. M. (2020). Digital learning object for audiovisual production. International Journal of Information and Education Technology, 10(3), 201-208. https://doi.org/10.18178/ijiet.2020.10.3.1364

McKay, J. R. (1979). Conducting a Needs Analysis for Faculty and Staff Development. Scribbr. https://eric.ed.gov/?id=ED184655

Nurulrabihah, M. N. (2020). Pembangunan model pengajaran pemikiran reka bentuk sekolah rendah/Nurulrabihah Mat Noh (Doctoral dissertation, Universiti Malaya).

Rahma, R. A., Affriyenni, Y., & Widyaswari, M. (2021). Cybergogy as a Digital Media to Facilitate the Learning Style of Millennial College Students. World Journal on Educational Technology: Current Issues, 13(2), 223-235. Scribbr. https://eric.ed.gov/?id=EJ1299281

Richey, R. C., & Klein, J. D. (2014). Design and development research: Methods, strategies, and issues. Routledge.

Rondhi, M. (2017). Apresiasi seni dalam konteks pendidikan seni. Imajinasi: Jurnal Seni, 11(1), 9-18. https://doi.org/10.15294/imajinasi.v11i1.11182

Song, B., He, B., Wang, Z., Lin, R., Yang, J., Zhou, R., & Cai, Y. (2022). Research on Open Practice Teaching of Off-Campus Art Appreciation Based on ICT. Sustainability, 14(7), 4274. https://doi.org/10.3390/su14074274

Suhaimi, Z. A., & Hussin, R. (2018). Inovasi Penggunaan Facebook Sebagai Satu Media Pengajaran dan Pembelajaran Murid Sekolah dalam Pendidikan Seni Visual: Innovation of Facebook Use as a Media of Teaching and Learning of Schoolchildren in Visual Art Education. KUPAS SENI, 6, 30-46. https://doi.org/10.37134/kupasseni.vol6.4.2018

Triarisanti, R., & Purnawarman, P. (2019). The Influence Of Interest And Motivation On College Students’language And Art Appreciation Learning Outcomes. International Journal of Education, 11(2), 130-135. Scribbr. https://www.learntechlib.org/p/208998/.

Venukapalli, S., & Lilly, K. V. (2021). Appreciation of Artistic Genres in Children with Different Perceptual, Contextual and Analytic Intelligence. European Journal of Education and Pedagogy, 2(3), 13-20. https://doi.org/10.24018/ejedu.2021.2.3.102

Yaakob, M. N., Shuib, A. S., Yusoff, N. M., & Yaakob, S. B. (2019). Pembangunan Model M-Pembelajaran Untuk Kursus Teknologi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Ipg: Satu Analisis Keperluan. Practitioner Research, 1, 87-110. https://doi.org/10.32890/pr2019.1.5

Downloads

Published

2023-06-21

How to Cite

Saaya, F. S., Mahsan, I. P., & Mohd Nor, N. (2023). Reka Bentuk dan Pembangunan Model Pengajaran Apresiasi Seni Berasaskan Aplikasi Galeri Maya di Sekolah Menengah. ANP Journal of Social Science and Humanities , 4(1), 50-56. https://doi.org/10.53797/anp.jssh.v4i1.6.2023