Keberkesanan perbincangan atas talian dalam penyediaan rancangan perniagaan di kalangan pelajar kejuruteraan
DOI:
https://doi.org/10.53797/anpjssh.v1i1.5.2020Keywords:
Lembaran Kerja, Rancangan Perniagaan, KeusahawananAbstract
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah diumumkan oleh kerajaan Malaysia bagi membendung penularan wabak COVID19 pada Mac 2020 seterusnya memberi kesan kepada sektor pendidikan yang mana proses pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka yang diamalkan selama ini terpaksa digantikan dengan pembelajaran secara atas talian. Antara kursus yang terkesan dalam kalangan pelajar kejuruteraan adalah kursus Keusahawanan yang mana mereka tidak mahir dalam bidang tersebut. Kajian ini bertujuan untuk menilai keberkesanan aktiviti perbincangan secara atas talian dalam pembelajaran penyediaan Rancangan Perniagaan bagi kursus Keusahawanan. Data kuantitatif dikumpul melalui borang soal selidik yang diedarkan kepada 94 orang responden yang mewakili pelajar semester 3 Jabatan Kejuruteraan Elektrik yang mengambil kursus Keusahawanan secara atas talian. Skop kajian memfokuskan kepada keberkesanan perbincangan dalam penyedian Rancangan Perniagaan sahaja. Data yang diperolehi telah dianalisis dan dapatan kajian menunjukkan secara keseluruhannya keberkesanan perbincangan dalam penyediaan Rancangan Perniagaan adalah tinggi dalam kalangan pelajar yang mengambil kursus Keusahawanan secara atas talian.
Downloads
References
Ab Latif, A. A. (2011). Asas keusahawanan dan pengurusan perniagaan kecil dan sederhana.
Abd Rahman, Y. (2003). Pengetahuan terhadap penyediaan rancangan perniagaan: satu tinjauan di kalangan pelajar-pelajar tahun akhir Sarjana Muda Kejuruteraan KUiTTHO (Doctoral dissertation, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn).
Agus, R., & Samuri, S. M. (2018). Learning Analytics Contribution in Education and Child Development: A Review on Learning Analytics. Asian Journal of Assessment in Teaching and Learning, 8, 36-47. https://doi.org/10.37134/ajatel.vol8.4.2018.
Amirudin, M. R., & Md Hidayat. (2018). “Kesedaran, Penerimaan, Keberkesanan Dan Hubungkaitnya Terhadap Perlaksanaan E-Pembelajaran Dalam Kalangan Pensyarah Politeknik Merlimau.” Penulisan Ilmiah. Politeknik Merlimau, Melaka.
Azis, H. A. (2011). “Keberkesanan Pembelajaran Menggunakan Forum Dalam Sistem E-Learning: Kajian Kes Pelajar Tahun 4SPI.” Tesis Sarjana Muda, Fakulti Pendidikan: Universiti Teknologi Malaysia.
Hamzah, M. (2007). “Keberkesanan Penggunaan Perbincangan Atas Talian Dalam Portal My Guru 2 Terhadap Pembelajaran Di UPSI.” 1st International Malaysian Educational Technology Convention.
Kearsley, G. (2000). “Online Education: Learning and teaching in cyberspace.” Belmont, CA.: Wadsworth/Thomson Learning.
Landell, K. (1997). Management by menu. London: Wilay and Sms Inc.
Md Razak, M. I. (2020). “COVID-19: Pembelajaran atas talian suatu keperluan ke arah menuju Malaysia maju.” Artikel diakses Oktober, 2020 from https://www.astroawani.com/berita-malaysia/covid19-pembelajaran-atas-talian-suatu-keperluan-ke-arah-menuju-malaysia-maju-237496
Ngadi, E. (2020). “Implikasi Pengajaran dan Pemblajaran atas talian.” Artikel diakses Oktober, 2020 from https://www.usim.edu.my/news/in-our-words/covid19-implikasi-pengajaran-dan-pembelajaran-atas-talian/
Offir, B., Lev, Y., & Bezalel, R. (2008). “Surface and deep learning processes in distance education: Synchronous versus asynchronous systems.” Computers and Education, 51(3): 1172 – 1183.
Razak, R. A. (2013). “Strategi Pembelajaran Aktif Secara Kolaboratif Atas Talian Dalam Analisis Novel Bahasa Melayu.” JuKu: Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik, Bil. 1 Isu 3.
Sabariah, F., & Fatimah, S. (2018). “Kajian Mengenai Kecenderungan Pelajar Jabatan Perdagangan Politeknik Sultan Azlan Shah Dalam Menjalankan Perniagaan Atas Talian. Penulisan Ilmiah. Politeknik Sultan Azlan Shah, Perak.
Wardani, Y., Hanifunisa, S., & Fatonah, S. (2013). “Students’ Response Upon Receiving Feedback from Lecturer in Class.” Jakarta: Undergraduate Paper Sebelas Maret University
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2020 Association for Researcher of Skills and Vocational Training
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License.