Sistem kehadiran pelajar mudah alih
DOI:
https://doi.org/10.53797/anpjssh.v1i1.3.2020Keywords:
Kehadiran Pelajar, Kad FRID, Kad SDAbstract
Sistem kehadiran pelajar mudah alih merupakan satu produk inovasi yang direkabentuk khusus untuk kegunaan pensyarah merekodkan kehadiran pelajar ketika proses pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka. Kaedah lazim yang digunakan untuk merekod kehadiran pelajar adalah mengambil masa kerana pensyarah perlu menyebut nama pelajar satu per satu. Justeru, produk ini dihasilkan. Produk inovasi ini bersifat mudah alih kerana ianya ringan dan mudah dibawa oleh pensyarah ke bilik kuliah setiap kali proses pengajaran dan pembelajaran. Objektif utama penghasilan produk inovasi ini adalah untuk merekodkan kedatangan pelajar dengan menggunakan kad RFID (Radio Frequency Identification) dan rekod kedatangan akan disimpan dalam kad SD (Secure Digital). Para pelajar telah dibekalkan dengan kad FRID masing-masing di awal semester. Data-data yang direkodkan ialah nombor pendaftaran pelajar, nama pelajar, kelas, tarikh dan waktu kehadiran dalam format teks. Dengan itu, pensyarah telah mendapat kelebihan penjimatan masa kerana tidak perlu lagi merekod kedatangan pelajar sepertimana kelaziman. Pelajar hanya perlu mengimbas kad RFID pada Wiegand Reader. Walaupun terdapat kaedah yang lebih terkini untuk merekod kehadiran pelajar iaitu yang berasaskan internet of things (IoT), namun produk ini masih lagi relevan kerana terdapat juga bilik-bilik kuliah yang tiada capaian internet atau pelajar itu sendiri kehabisan data internet telefon mudah alihnya.
Downloads
References
Abd Rahman, R., & Mohd Hashim, M. H. (2012). Teknologi mudah alih dalam pembelajaran kolaboratif.
Adibah, A. B. (2009). RFID Smart Room.
Chopra, S. (2020, July 31). electronicsforu.com. Didapatkan dari electronicsforu.com: www.electronicsforu.com.
Chu, J. (2015). Applications of RFID Technology. IEEE Magazine, 64-65.
Crepaldi, P. C & Pimenta, T. C. (2017). Introductory Chapter: RFID: A Successful History. IntechOpen, DOI: 10.5772/intechopen.69602.
Flor, T., Niess, W., & Vogler, G. (2003, June). RFID: The integration of contactless identification technology and mobile computing. In Proceedings of the 7th International Conference on Telecommunications, 2003. ConTEL 2003. (Vol. 2, pp. 619-623). IEEE.
Foust, F. (2004). Secure Digital Card Interface for the MSP430. United States: Michigan State University.
Gonzalez, G. (2013). Radio Frequency Identification (RFID) Tags Readers Antenna Based On Conjugate Matching And Metamaterial Concept. Barcelona: Universitat Autonoma de Barcelona.
Mahyidin, M. F. (2008). Student Attendance Using RFID System (Doctoral dissertation, UMP).
Mohd Faisal, I., Husain, H., Zainal, N., Ramli, R., Kamal, N., Yahaya, I., & Ibrahim, M. (2017). Inovasi Melalui Arduino. Kuala Lumpur: Telaga Biru Sdn. Bhd.
Murat, N. C., Din, R., & Alias, M. H. (2020). Kesediaan Pelajar Tingkatan 6 Menggunakan Aplikasi Mudah Alih Pendidikan. Journal of Personalized Learning, 3(1), 79-86.
O'Leary, T. (2008, October 27). Security Info Watch. Didapatkan dari Understanding 26-bit Wiegand: https://www.securityinfowatch.com.
Rahamat, R., Mohd Shah, P. M. D. P., & Puteh, D. S. N. (2013). Pembangunan dan penilaian pakej pembelajaran mudah alih komsas dalam Bahasa Inggeris tingkatan empat (Doctoral dissertation, UKM).
Violino, B. (2005). History Of RFID Technology. RFID Journal, 1-2.
Want, R. (2006). An Introduction To RFID Technology. IEEE Pervasive Computing, DOI : 10.1109/MPRV.2006.2.
Weinstein, R. (2005). RFID: A Technical Overview And Its Application To The Enterprise. IEEE, 27 - 33, DOI: 10.1109/MITP.2005.69.
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2020 Association for Researcher of Skills and Vocational Training
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License.